Suasana
pagi itu begitu cerah tiada tanda-tanda hari akan hujan..
surirumah-surirumah, peniaga kedai dobi, malah pengusaha ikan kering dan
belacan tersenyum riang kerana mereka dapat menjemur apa-apa yang
patut..
Namun
begitu, keindahan pagi tersebut, begitu meresahkan wanita tua itu..
bunyi aneh yang dari tadi membingit telinga membuatkan beliau bimbang..
"Adakah Barack Obama juga ingin melancarkan serangan keatas aku?" "Bom?!"... tit tit tit tit bunyi
itu terus berdetit.. wanita tua itu makin cemas.. kesian..
terpusing-pusing mencari bunyi aneh itu.. beliau cuba melangkah laju,
ingin melarikan diri, dengan harapan beliau dapat lari daripada
"serangan hendap" keatasnya... tit tit tit tit..
bunyi itu makin kuat.. beliau berhenti.. ingin menyerah.. diangkat
kedua-dua belah tangan umpama penjenayah yang menyerah diri kepada
polis.. apabila diangkat kedua-dua tangan beg GUCCI yang tergantung
ditangannya juga terangkat bersama..
tit tit tit tit.. tit tit tit tit...
bunyi itu jelas kedengaran.. bunyi itu datangnya dari beg tangan GUCCI
wanita itu!.. "Tak kan anak muda itu ingin sabotaj aku", getus hati tua
membuat andaian sendiri.. "Tak kan anak muda pasar malam itu meletakkan
bom dalam beg tangan ni semata-mata kerana aku menolak pelawaannya untuk
makan malam bersama di warung pak mat kelip-kelip?", bebel hati wanita
tua itu..
Pasrah.. diberanikan diri untuk membuka zip beg GUCCI tersebut.. zapppppp... dengan rakus beliau menarik zip tersebut.. diselongkar beg tersebut.. ternyata bunyi itu datangnya dari benda ITU.. diangkatnya perlahan-lahan benda yang bewarna hitam
itu.. wajah wanita itu kembali tenang.. andaianya sebelum ini meleset
sama sekali. Namun tiada tanda-tanda riak diwajahnya menunjukkan
kekesalan atas kesalahan andainya sendiri.. dilihatnya JAM LOCENG itu, ditekan button
yang berada di belakang jam tersebut.. bunyi yang berdetit sejak dari
tadi terhenti serta merta.. lega hati wanita tua itu.. wajah yang dari
tadi resah umpama meneran sembelit berubah serta merta umpama Tan Cheng
Lock menang loteri..
Tanpa melengahkan masa, perjalanan ke destinasi yang ingin dituju diteruskan..
"anak itik tok wi mandi dalam kolam, sakit apa tok wi, sakit sendi tulang".. Sungguh riang wanita itu menyanyi.. lagu-lagu rakyat masih segar dalam ingatannya dan menjadi hafalan saban hari.. lepas satu satu lagu dinyanyikannya dan tidak ketinggalan lagu febretnya iaitu nenek-nenek si bongkok tiga....
"Nek KT".... satu sapaan dari jauh kedengaran.. seorang remaja pempuan berlari-lari anak menuju kearah wanita tua itu...
SIAPA Nek KT?
SIAPA remaja itu??.......
More: http://www.hsengine.com/s_Obama.html
No comments:
Post a Comment